JOHOR BAHRU: Pembaca akhbar Berita Harian di Johor, mengambil kesempatan mengumpul keratan akhbar ini yang membolehkan mereka menebusnya dengan tiket ke taman tema air, Tiram Indoor Water Park.
Dalam suasana cuti persekolahan penggal akhir tahun bermula Sabtu ini, agihan 15,000 tiket masuk ke taman tema air terbabit dilihat membantu ibu bapa menunaikan hasrat anak-anak untuk bersantai bersama keluarga. Berbekalkan 14 keratan akhbar Berita Harian yang dikumpul mulai 14 hingga 30 November, pembaca akhbar ini dapat menebusnya dengan empat keping tiket Tiram Indoor Water Park bernilai RM48. Malah, pembaca Berita Harian boleh mendapatkan sebanyak mungkin tiket masuk terbabit, asalkan mereka mengemukakan keratan akhbar mencukupi yang dikumpul sepanjang tempoh itu.
Pembaca setia Berita Harian, Nurazlinda Mashod, 34, berkata tawaran promosi yang dibuat oleh Berita Harian itu mendorong beliau untuk mengumpul keratan akhbar ini untuk menebusnya dengan tiket taman tema itu akhir bulan ini.
“Promosi ini secara tidak langsung menghargai kami sebagai pembaca setia. Sambil membaca Berita Harian setiap hari, apabila keratan akhbar dikumpul, secara tidak langsung memberi pulangan kepada pembaca dengan tiket percuma itu. Sekurang-kurangnya sudah berjimat RM48 bagi empat tiket yang diperoleh.
“Saya berhasrat membawa dua anak berusia lima dan sembilan tahun mengunjungi taman tema berkenaan,” katanya yang dibantu oleh dua anaknya, Fatin Batrisya, 9, dan Ikmal Hakimi Mohd Kamal, 5, membuat keratan akhbar ini, sejak Isnin lalu.
Pengurus Jualan NSTP Johor Bahru, Shazli Aghus, berkata tiket yang ditebus itu boleh digunakan pembaca Berita Harian untuk membawa ahli keluarga atau sahabat handai bersuka ria di taman tema air terbesar dalam bangunan itu sehingga 31 Disember 2011.
“Empat lokasi penebusan tiket akan dibuka pada 26 dan 27 November ini membabitkan Pejabat NSTP di Batu Pahat, Melaka dan Johor Bahru, selain kaunter khas penebusan yang akan dibuka di Today's Mall dekat Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram.
“Sebanyak 15,000 tiket masuk akan diagihkan kepada pembaca sepanjang promosi pada November ini berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat, manakala 15,000 lagi tiket diperuntukkan sepanjang Disember.
“Pembaca Berita Harian boleh menukar sebanyak mungkin tiket yang mereka kehendaki, asalkan mengumpulkan keratan akhbar yang mencukupi sepanjang tarikh ditetapkan,” katanya.
Shazli berkata, tiket masuk ke Tiram Indoor Water Park seluas lebih 2,400 meter persegi yang terletak di bawah kompleks beli-belah, Today's Mall, itu adalah tajaan Grand Esteem Sdn Bhd, yang menaja 30,000 tiket masuk ke taman tema berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada pembaca Berita Harian.
“Berdasarkan lokasi Tiram Indoor Water Park, kami yakin ia cukup sesuai sebagai destinasi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak beriadah ketika cuti persekolahan.
“Kedudukan taman tema air dalam bangunan ini membolehkan ia dikunjungi pada bila-bila masa tanpa ibu bapa merasa bimbang mengenai masalah cuaca yang tidak menentu dalam suasana menjelang musim tengkujuh kini,” katanya.
Selain menempatkan taman tema air itu, Today's Mall juga mempunyai pelbagai tarikan lain termasuk panggung wayang 3D, pusat karaoke keluarga selain gelanggang bowling yang bakal dibuka.
Maklumat lanjut mengenai Tiram Indoor Water Park boleh diperoleh dengan melayari sesawangnya, www.tiramwaterpark.com.my.

No comments:
Post a Comment