Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Monday, December 17, 2012

PAMERAN Kraf Malaysia Plaza Angsana Johor Bahru

PAMERAN Promosi Kraf Malaysia Plaza Angsana Johor Bahru
TARIKH: 13 DISEMBER 2012 - 25 DISEMBER 2012
MASA: 10.00 PAGI - 10.00 MALAM
TEMPAT: Medan Letak Kereta Plaza Angsana, Johor Bahru

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2012 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru pada 13 hingga 25 Disember 2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Aktiviti menarik seperti jualan produk kraf, pameran produk hiasan laman dan taman, interaktif kraf, peragaan fesyen dan banyak lagi. Semua dijemput. Masuk percuma. Persembahan Tarian Zapin Kanak-kanak turut diadakan.

Antara produk-produk menarik yang boleh dibeli atau ditempah termasuklah labu sayong asli dari Perak, batik Kelantan, batik Terengganu, batik moden, ukiran kayu, karya kayu hanyut, ukiran parang, pisau, kapak, rehal, meja Eeka, perabot hiasan taman, pondok wakaf, kain songket, t-shirt, kuda kepang, anyaman mengkuang, rotan, akar kayu, kristal glaze, labu kecil, lampu tidur, pasu besar, hiasan landskap, songkok tinggi, songkok paten biasa, makanan, kuih-muih, jem, keropok, perabot rumah, perabot pejabat, fiber glass, hiasan besi, hiasan perak, barangan kemas, batu permata, cincin, gelang, zamrud, agate, kristal, seni bina rumah tradisional Melayu, key chain, peluang menghadiri kelas ukiran kayu, kelas belajar batik, pondok wakaf, pagola, mimbar masjid, MEJA AJAIB, terompah klasik, keris, pedang, pisau, keris Kelantan, parang Kelantan, keris Melaka, parang Melaka, keris Negeri Sembilan, parang negeri Sembilan, kapak Kedah, batik alaf baru, batik semburan cat,peralatan batik, kit batik, dekorasi fauna, hiasan dalaman dan hiasan luaran serta pakaian berunsurkan kesenian dan kebudayaan Malaysia.

Thursday, November 22, 2012

404 disenarai penerima pingat Johor

Johor Bahru: Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, mengetuai senarai 404 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, hari ini.

Tunku Tun Aminah bersama adindanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, menerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I).

Sempena keputeraan ke-54 tahun ini, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan pingat Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima.

Mereka adalah Pengarah Gerup Gerak Khas Kem Iskandar Mersing, Brigadier Jeneral Effendi Ab Karim; Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff dan Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor, Daing A Malek Daing A Rahman.

Seramai 16 menerima anugerah Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (SMJ) termasuk Pegawai Kewangan negeri, Marsan Kassim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (II) Pengurusan, Norizan Kulob.

Penerima lain anugerah itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Burhan Amin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Pengarah Unit Perancang Ekonomi Johor, Elias Hasran.

Turut menerima SMJ ialah pegawai daerah di Johor iaitu Ismail Karim (Kota Tinggi), Abdul Karim Abu Bakar (Kluang), Abdul Rahman Mohamed Dewam (Muar), Abdul Wahab Ridwan (Batu Pahat), Muji Salimon (Pontian), Kamarudin Abdullah (Kulaijaya), Amran Abdul Rahman (Johor Bahru), Mohd Nasir Abdul Salam (Mersing), Abdul Rahim Nin (Segamat) dan Ab Han Ramin (Ledang).

Penerima lain SMJ ialah Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Chong Chee Han dan kakitangan Istana Pasir Pelangi, Ali Ismail.

Selain itu, seramai 28 menerima Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP), 261 Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) dan 91 Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Ketiga (PIS III).

Istiadat kurniaan semua darjah dan pingat terbabit dijadualkan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar, mulai jam 8 pagi ini.