Showing posts with label Pertandingan. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan. Show all posts

Friday, November 30, 2012

JADUAL PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012 PADA 7 HINGGA 9 DISEMBER 2012

JADUAL PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012 PADA 7 HINGGA 9 DISEMBER 2012

7 DISEMBER 2012 (JUMAAT)
WAKTU PERKARA TEMPAT
8.00 PAGI-10.00 PAGI PENDAFTARAN & TAKLIMAT
RAPTAI KUMPULAN KATEGORI SEKOLAH KEBANGSAAN
DEWAN KONVOKESYEN UTHM
12.00 TGH-2.00 PTG MAKAN TENGHARI & SOLAT JUMAAT              DEWAN KONVOKESYEN UTHM
3.00 PTG-6.00 PTG RAPTAI KUMPULAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH DAN MUKIM DEWAN KONVOKESYEN UTHM
6.00PTG-7.30MLM MAKAN MALAM & SOLAT DEWAN  KONVOKESYEN UTHM
8.30MLM-11.00MLM PERTANDINGAN KATEGORI SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN KONVOKESYEN UTHM

1.SEKOLAH KEBANGSAAN UDA 2 -DAERAH JOHOR BAHRU
2.SEKOLAH KEBANGSAAN LOK HENG SELATAN -DAERAH KOTA TINGGI
3. SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3, KLUANG -DAERAH KLUANG
4.SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI PULAI -DAERAH KULAIJAYA
5.SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING -DAERAH MERSING
6.SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA BUKIT KEPONG -DAERAH MUAR

7.SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) LI CHI -DAERAH SEGAMAT
8.SEKOLAH KEBANGSAAN MEDAN -DAERAH BATU PAHAT
9.SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TANGKAK -DAERAH LEDANG
10.SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PONTIAN -DAERAH PONTIAN


8 DISEMBER 2012 (SABTU)
WAKTU PERKARA TEMPAT
7.00 PAGI-9.00 PAGI SARAPAN
9.00 PAGI- 12.30TGH RAPTAI KUMPULAN KATEGORI JABATAN DAN TERBUKA DEWAN KONVOKESYEN UTHM
12.30 TGH-2.00 PTG MAKAN TENGHARI & SOLAT DEWAN KONVOKESYEN UTHM
2.00 PTG-6.00 PTG PERTANDINGAN KATEGORI SEK. MENENGAH DAN MUKIM DEWAN KONVOKESYEN UTHM

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
1.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELUK KERANG -DAERAH PONTIAN
2.SEKOLAH MENENGAH FELCRA KEBANGSAAN BUKIT KEPONG -DAERAH MUAR
3.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI JAAFAR ALBAR -DAERAH KOTA TINGGI
4.SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU -DAERAH JOHOR BAHRU
5.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA -DAERAH SEGAMAT
6.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI GADING -DAERAH BATU PAHAT
7.SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG -DAERAH KLUANG
8.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INDAHPURA (1) -DAERAH KULAIJAYA
9.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR -DAERAH LEDANG
10.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERSING -DAERAH MERSING
KATEGORI MUKIM
1.KUMPULAN NYALA SARI -MUKIM KOTA TINGGI.DAERAH KOTA TINGGI
2.KUMPULAN ZAPIN SRI BAHAGIA -MUKIM KULAIJAYA,DAERAH KULAIJAYA
3.KUMPULAN AL AFLAN D’TARI -MUKIM SG.TERAP,DAERAH MUAR
4.KUMPULAN GEMILANG KURNIA -MUKIM JOHOR BAHRU,DAERAH JOHOR BAHRU
5.KUMPULAN WIRAMA SENI KG.TENGAH -MUKIM KLUANG 3,DAERAH KLUANG
6.KUMPULAN SEKAR BUDAYA
-MUKIM RIMBA TERJUN, DAERAH PONTIAN
7.KUMPULAN DANA WARISAN -MUKIM BANDAR MERSING,DAERAH MERSING
8.KUMPULAN KESENIAN SERI BUDAYA -MUKIM 5, DAERAH BATU PAHAT
9.KUMPULAN SANGGAR SIWARIS -MUKIM CHAAH, DAERAH SEGAMAT
10.KUMPULAN KESENIAN CEMPAKA SERI BUDAYA -MUKIM RIMBA TERJUM, DAERAH LEDANG
6.00PTG-7.30MLM MAKAN MALAM & SOLAT DEWAN KONVOKESYEN UTHM
8.30MLM-11.00MLM PERTANDINGAN KATEGORI JABATAN DAN TERBUKA DEWAN KONVOKESYEN UTHM
KATEGORI JABATAN
1. MAJLIS DAERAH SEGAMAT -DAERAH SEGAMAT
2.KASTAM DIRAJA MALAYSIA JOHOR BAHRU -DAERAH JOHOR BAHRU
3.MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM -DAERAH KLUANG
4.PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING -DAERAH MERSING
5.MAJLIS DAERAH PONTIAN -DAERAH PONTIAN
6. MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT -DAERAH BATU PAHAT
7.MAJLIS DAERAH LEDANG -DAERAH LEDANG
8.MAJLIS PERBANDARAN MUAR -DAERAH MUAR
9.MAJLIS PERBANDARAN KULAIJAYA -DAERAH KULAIJAYA
KATEGORI TERBUKA
1.KUMPULAN KESENIAN SERI BUDAYA -DAERAH BATU PAHAT
2.KUMPULAN D’WARIS DANCE ENTERPRISE -DAERAH LEDANG
3. KUMPULAN SANGGAR BUDAYA SEGAMAT -DAERAH SEGAMAT
4.KUMPULAN RAKAN MUDA -DAERAH MUAR
5.KUMPULAN LESTARI KLUANG -DAERAH KLUANG
6.KUMPULAN GEMALAI KESUMA -DAERAH JOHOR BAHRU
9 DISEMBER 2012 (AHAD)
WAKTU PERKARA TEMPAT
7.00 PAGI-9.00 PAGI SARAPAN
9.00 PAGI- 10.00TGH PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN ZAPIN BAGI SEMUA KATEGORI YANG MASUK KE PERINGKAT AKHIR DEWAN KONVOKESYEN UTHM
10.00 PAGI-1.00TGH RAPTAI PENUH BAGI YANG MEMASUKI PERTANDINGAN ZAPIN PERINGKAT AKHIR DEWAN KONVOKESYEN UTHM
1.00 TGH-2.00 PTG MAKAN TENGHARI & SOLAT DEWAN KONVOKESYEN UTHM
2.00 PTG-6.00 PTG RAPTAI PENUH DEWAN KONVOKESYEN UTHM
6.00PTG-7.30MLM MAKAN MALAM & SOLAT DEWAN KONVOKESYEN UTHM
7.30 MLM KETIBAAN PARA JEMPUTAN DEWAN KONVOKESYEN UTHM
8.00MLM KETIBAAN DIF-DIF KEHORMAT
8.15MLM KETIBAAN Y.B DATO’ HAJI OBET BIN TAWIL
8.20MLM KETIBAAN Y.B PUAN HAJAH ASIAH BINTI MD.ARIFF
8.30MLM KETIBAAN YAB MENTERI BESAR JOHOR
SAMBUTAN
LAGU BANGSA JOHOR
LAGU NEGARAKU
TARIAN PEMBUKAAN
PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR PERINGKAT AKHIR (15 KUMPULAN)
ACARA SELINGAN
PENYAMPAIAN CENDERAMATA JURI OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR
PENYAMPAIAN HADIAH PARA PEMENANG OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR
PENYAMPAIAN CENDERMATA YAB MENTERI BESAR JOHOR
JAMUAN RINGAN
BERSURAI

10 DISEMBER 2012 (ISNIN)
WAKTU PERKARA TEMPAT
7.00 PAGI-10.00 PAGI SARAPAN

CHECK OUT

 

Sunday, September 11, 2011

Ritma Johor Pertandingan Seni Visual Terbuka Johor 2011

 Ritma Johor Pertandingan Seni Visual Terbuka Johor 2011

1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Terbuka Johor 2011: Ritma Johor memberi maksud yang sangat mendalam. Ritma atau irama memberi maksud urutan proses semulajadi yang berulang dalam sela masa yang tetap atau mengikut kiraan atau gerakan bunyi, tempo atau rentak dalam bunyi yang teratur. Namun bagi tema pertandingan ini Ritma Johor merujuk kepada rentak Johor yang menggambarkan imej khusus tentang keunikan atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi sejarah dan budaya Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang pengkarya menerokai serta mendalami elemen dan media seni lukis dan seni reka dengan lebih kreatif dan inovatif selain dapat memperlihatkan kepakaran, kekreatifan dan sensitiviti mereka dalam menghasilkan karya.

2. OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.
2.2 Melahirkan pengkarya-pengkarya bidang seni tampak dengan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif selain memasyurkan negeri Johor menerusi Seni Tampak
2.3 Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.

3. KATEGORI PERTANDINGAN

Terdiri daripada 2 kategori iaitu Karya Siap dan Karya Spontan

3.1 KATEGORI I (KARYA SIAP)

3.1.1 Arca
Arca yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan. Hasil karya boleh terdiri daripada indoor atau outdoor sculpture. Bagi karya indoor karya boleh dihasilkan dalam bentuk 2d atau 3d yang beratnya tidak melebihi 70kg dengan ketinggian tidak melebihi 6 kaki berdasarkan demensi yang bersesuaian dengan ruang galeri. Bagi karya outdoor pula karya berkenaan hendaklah bersesuaian untuk diletakan di sekitar Galeri Seni Johor. (Sila rujuk pihak galeri untuk menentukan ruang bagi karya outdoor) Binaan arca tersebut mestilah menggunakan bahan yang kukuh, tahan lasak dan mudah alih. Arca tersebut hendaklah mudah diuruskan dan dipamerkan. Karya yang bersifat 3-D dengan teknik yang menyukarkan pihak penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan dan akan ditolak penyertaannya. Karya berbentuk instalasi dan melalui aplikasi computer tidak dibenarkan.

3.1.2 Catan/ Cetakan
Karya Catan/ Cetakan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran minima 120cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm sebelum dibingkaikan. Penggunaan bahan adalah bebas dan perlu dibingkaikan.

3.1.3 Batik
Rekaan batik yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan yang berukuran 4 meter panjang. Rekaan dalam setiap kategori haruslah berasaskan aplikasi kombinasi teknik-teknik batik, bahan dan penggunaan media batik. Penggunaan media campuran dibenarkan dalam menghasilkan karya namun hanya terhad kepada 60% penggunaan teknik batik dan 40% penggunaan bahan campuran lain.

3.2 KATEGORI II (SPONTAN)

3.2.1 Graffiti
Karya graffiti hendaklah dihasilkan berdasarkan tema yang telah ditetapkan dan berukuran tidak kurang 60 cm x 90 cm dalam masa 4 jam. Penggunaan media adalah bebas namun digalakkan menggunakan barangan terpakai. Segala keperluan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta semasa pertandingan ini dijalankan pada 29 Oktober 2011 jam 8.30 pagi di Galeri Seni Johor.

4. SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas kecuali kakitangan Yayasan Warisan Johor.

2. Penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta ditampalkan di belakang setiap karya. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran lengkap biodata pelukis dan salinan kad pengenalan.

3. Pengkarya boleh menghantar karya maksima 2 keping sahaja bagi setiap kategori. Namun karya yang tidak menepati syarat yang ditetapkan akan ditolak.

4. Karya perlu berserta dengan keterangan karya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya 100 patah perkataan) dan ditampal di belakang karya. Karya yang tiada maklumat lengkap akan ditolak.

5. Karya hendaklah asli dan baru dihasilkan pada tahun 2011 dan belum pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan.

6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos yang ditanggung oleh peserta dan pihak penganjur juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian, kehilangan, kerosakan, kelewatan atau dalam apa bentuk yang membawa kemusnahan hasil karya peserta.

7. Karya-karya yang menerima hadiah major , minor dan saguhati akan
menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan. Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan sebarang hasil karya yang menyertai pertandingan ini dalam tempoh 3 bulan semasa pertandingan di langsungkan. Karya boleh di ambil dalam tempoh dua bulan setelah pameran ditamatkan dan segala kos pengangkutan atau lain-lain adalah tanggungan peserta. Karya yang tidak di ambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai hak milik Yayasan Warisan Johor.

8. Keputusan penghakiman adalah muktamad dan sebarang rayuan dan bantahan tidak diterima.

9. Yayasan Warisan Johor berhak memilih mana-mana karya tertentu untuk dimasukkan dalam sebarang bahan penerbitan rasmi jabatan tanpa tertakluk kepada masa dan tempoh dan perlu dimaklumkan kepada pemiliknya.

10. Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2011, jam 4.00 petang.

14 KEPUTUSAN PENGADIL
Penghakiman akan selepas tarikh tutup pertandingan iaitu pada 20 Oktober 2011. Keputusan Penghakiman akan diumumkan pada 23 Oktober 2011. Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon. Panel hakim yang dilantik adalah dari artis-artis professional dari bidang-bidang berkaitan.

15 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis bagi penyampaian hadiah bagi setiap peserta ialah pada 29 Oktober 2011 jam 2.30 petang, bertempat di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor.

16 PAMERAN
Karya-karya yang berjaya dalam pertandingan akan dipamerkan kepada orang ramai selama 2-3 bulan di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor bermula pada 29 Oktober 2011.

17 HADIAH PERTANDINGAN

KATEGORI ARCA
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 6,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 3,000.00, Trofi dan Sijil
4 Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 1,500.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI CATAN/ CETAKAN
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 6,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 3,000.00, Trofi dan Sijil
4 Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 1,500.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI BATIK
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 4,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 2,000.00, Trofi dan Sijil
4 Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 1,000.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI GRAFITI
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 1,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 500.00, Trofi dan Sijil
4 Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 100.00, Trofi dan Sijil

Urusetia :
Ritma Johor
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07 – 2263266 / 07 – 2245488 / 07 – 2213148
Fax : 07 – 2260728
Website : www.ywj.gov.my