Friday, August 31, 2012

FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA JOHOR 2012

FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA JOHOR 2012
(JOHOR INTERNATIONAL MUSIC FESTIVAL)


Penganjuran Festival Muzik Antarabangsa Johor 2012 ( Johor International Muzic Festival ) adalah bertujuan menyemarakkan aktiviti seni dan budaya khususnya seni muzik johor keperingkat antarabangsa. Pelbagai program dan aktiviti berkaitan kesenian dihimpunkan perlaksanaannya sepanjang bulan September dan Oktober 2012.

Objektifnya selain menyemarak dan mengantarabangsakan program serta seni muzik Negeri Johor, festival ini juga menggalakkan pertumbuhan sector pelancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Program dan aktiviti akan dianjurkan samada oleh Yayasan Warisan Johor atau pihak agensi lain yang ingin terlibat dalam festival ini. Beberapa kumpulan tempatan dan luar negara dijemput untuk mengambil bahagian membuat persembahan di Johor. Kumpulan ini akan membuat persembahan ‘pocket’ dan persembahan ‘Gala’ di malam penutup Festival ini. Jenis muzik atau “genre” muzik yang dipersembahkan adalah berasaskan muzik tradisi atau etnik dan kontemporari.

Antara program-program yang telah dirancang adalah :
  1. Bengkel Keroncong
  2. Kolaborasi Tari
  3. Pertandingan Keroncong
  4. Konsert Lagenda Retro
  5. Pementasan Muzikal Hidayah
  6. Konsert Simfoni Ghazal
  7. Malam Gala Festival Muzik Antarabangsa
Program Bengkel Keroncong
Tarikh   : 08 dan 09 September 2012
Tempat : Stadium Perbandaran Pasir Gudang Johor
 
Objektif:
Mewujudkan tenaga jurulatih yang mahir keroncong
Menambah kumpulan keroncong dan penggiat keroncong di kalangan masyarakat
Mewujudkan khalayak seni muzik keroncong yang menyeluruh

Pelaksanaan:
Melatih pakar keroncong untuk menjadi tenaga pengajar
Mengadakan bengkel dan kelas keroncong secara teratur
Kumpulan-kumpulan keroncong perlu diwujudkan untuk menambah bilangan yang sedia ada

Pertandingan Kompang Kebangsaan Johor 2012
Tarikh: 22 hingga 23 September 2012               
Tempat: Dataran Pengaram Batu Pahat

Program ini adalah anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor . Merupakan program julung kali diadakan secara besar-besaran oleh Kerajaan Negeri semoga dapat sambutan dari kumpulan kompang seluruh Negara terutamanya kumpulan dari Negeri Johor. Pertandingan ini akan dapat dirasai penglibatannya oleh seluruh masyarakat setempat disamping itu akan dapat mengekalkan nilai-nilai murni dan jati diri bangsa Malaysia.

OBJEKTIF
Mengenengahkan keunikan seni permainan kompang kepada masyarakat umum.
Untuk menggalakkan golongan muda menyertai kumpulan kompang dan mengamalkan cara hidup sihat.
Untuk merapatkan hubungan dan interaksi antara pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan seterusnya mengeratkan perpaduan kaum.

PENYERTAAN
Pertandingan Kompang Terbuka Johor 2012 dibuka penyertaan kepada semua kumpulan di seluruh negara
Terdiri daripada penggiat kompang di seluruh daerah Negeri Johor dimana setiap satu pasukan mengandungi tidak kurang  12 orang dan tidak melebihi 16 orang pemain (termasuk pemain simpanan)
1 kumpulan mewakili setiap Negeri dan 1 kumpulan mewakili setiap daerah Negeri Johor ( 20 kumpulan x 16 orang = 320 orang)
Pengadil dan petugas teknikal terdiri daripada 30 orang.

Kolaborasi Tari ‘OMBAK’
Tarikh: 23 dan 24 September 2012
Masa: 8.30 malam         
Tempat: Dewan Seni Persembahan, Yayasan Warisan Johor
Kolaborasi tari adalah sebuah persembahan bernuansakan seni tari dan muzik Melayu bertajuk OMBAK. Program ini menggabungkan tiga kumpulan hebat dari Malaysia, Indonesia dan Singapura iaitu:

Malaysia - Badan Kesenian Warisan Johor, Indonesia - Kumpulan Sedjagat dan Singapura -  Kumpulan Sriwarna

SINOPSIS
Manusia mempunyai naluri dalam memenuhi kehendak dan keinginan untuk menggapai impian yang tinggi mereka akan memilih jalan yang baik, buruk, jahat atau sebaliknya…namun apa yang ada tidak akan kekal selamanya. Adakah ini akan berlalu begitu sahaja atau lahir satu dimesi baru dalam kehidupan yang mendatang…

MASUK PERCUMA!

Pertandingan Nyanyian Dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Tahun 2012
Tarikh: 28 hingga 30 September 2012              
Tempat : Stadium Perbandaran Pasir Gudang Johor
LATAR BELAKANG:

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk memelihara warisan budaya yang merangkumi kesenian dan budaya bangsa negeri Johor, YWJ telah melaksanakan pelbagai program berkaitan pengembangan muzik keroncong sejak tahun 1997 termasuk mengadakan bengkel asas kejurulatihan dan bengkel keroncong hingga mampu melahirkan lebih 18 buah kumpulan keroncong di semua daerah di negeri Johor.

Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor 2012 merupakan pertandingan kali ke-8 yang akan mempertandingkan tiga kategori iaitu:

        Kategori Kumpulan Keroncong Asli
        Kategori Kumpulan Keroncong Kontemporari
        Kategori Nyanyian Solo Dewasa
        Kategori Nyanyian Solo Remaja

OBJEKTIF:
Melaksanakan mandat dan tanggungjawab serta visi Yayasan Warisan Johor untuk memelihara  warisan seni budaya bangsa.
Menggalakkan peningkatan mutu seni muzik keroncong secara menyeluruh.
Menggalakkan kecenderungan serta minat di kalangan masyarakat dalam aktiviti kesenian.
Menggalakkan kecenderungan serta minat di kalangan masyarakat terutama golongan muda mengenali dan mempelajari seni muzik dan nyanyian keroncong.
Meningkatkan kefahaman di kalangan generasi muda dalam mempelajari irama muzik keroncong.

MASUK PERCUMA! SILA DAPATKAN PAS MASUK DI PEJABAT YAYASAN WARISAN JOHOR DAN PINTU MASUK STADIUM

Konsert Lagenda Retro 2012
Tarikh : 28 September 2012      
Tempat : Persada Convention Centre
Menampilkan:
    ·         Jamal Abdillah
    ·         Ramlah Ram
    ·         Wann
    ·         Jatt (BDB)
    ·         Wahida
    ·         Hail Amir
    ·         Salwa Abd Rahman
    ·         Ibnor Riza
    ·         Abd Rahman

Penampilan Istimewa OSBON

Tiket boleh didapati di :
Restoran Singgah Selalu
Restoran Banafee Village (Jalan Yahya Al-Datar)

Untuk maklumat lanjut, telefon :
+607 234 7145 / +6013 675 5445 (Effa)
+65 8395 0542 (Singapore Hotline)

Pementasan Muzikal Hidayah 2012
Tarikh: 05 dan 06 Oktober 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Jubli Intan, Johor Bahru

Pengenalan:
Pementasan Muzikal Hidayah merupakan sebuah persembahan muzik dan nyanyian bagi menyampaikan mesej-mesej melalui lirik yang mengandungi nilai-nilai kerohanian.

Ia lebih kepada motivasi kerohanian untuk penonton dan pendengar.

Barisan Artis Jemputan:
    ·Ramli Sarip
    ·Ustaz Nazrey (Raihan)
    ·Ayai (Ilusi)
    ·Habibah (Al-Jawaher)

SILA DAPATKAN PAS ASUK PERCUMA DI YAYASAN WARISAN JOHOR DAN PINTU MASUK DEWAN.
 
Konsert Simfoni Ghazal Johor
Tarikh: 14 Oktober 2012            
Masa: 8.00 malam                    
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor

Sinopsis:
Konsert Ghazal merupakan satu persembahan berbentuk ‘Orkestra Simfoni’ yang menghimpunkan sejumlah besar pengamal muzik dari kumpulan-kumpulan ghazal terulung negeri Johor dengan menggabungkan olahan kombinasi muzik moden dan tradisi diolah menjadi satu persembahan yang mempesonakan.

Artis jemputan:
    ·         Ramlah Ram
    ·         Nash

MASUK PERCUMA! 
 
Persembahan Poket
Tarikh : 18 hingga 19 Oktober 2012


Tempat :
    · Hutan Bandar, Mutiara Rini >> 4.00 petang
    · Taman Rekreasi Sungai Buluh, Pasir Gudang >> 8.00 malam
    · Legaran Segget, Johor Bahru>> 9.00 malam

MASUK PERCUMA!

Malam Gala Festival Muzik Antarabangsa Johor 2012
Tarikh: 20 Oktober 2012, Sabtu       
Masa: 8.00 malam 
Tempat: Stadium Perbandaran Pasir Gudang Johor

Malam Gala Festival Muzik Antarabangsa Johor 2012 merupakan acara kemuncak bagi FMAJ 2012. Pada malam berkenaan semua persembahan atau  lagu-lagu yang telah dipersembahkan sepanjang festival berkenaan berlangsung akan dipertontonkan semula.

Artis Undangan:
    ·         Amy Search
    ·         Dato’ A.Rahman Hassan

Persembahan dari 15 Kumpulan Pemuzik :
    ·         Malaysia
    ·         Indonesia
    ·         Singapura
    ·         Filipina

MASUK PERCUMA! PAS MASUK BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT YAYASAN WARISAN JOHOR DAN PINTU MASUK STADIUM

No comments:

Post a Comment